home company history product career news contact
English
Chinese
Arab
 
Perkembangan industri automobil bergantung kepada kemajuan teknologi. Kecanggihan teknologi pula membentuk asas kepada keunggulan prestasi kereta.

Teknologi automobil memperlihatkan perkembangan yang pesat sejak tahun 80an. Teknologi baru, kemahiran baru dan perlengkapan baru yang tak terbilang telah ditemui, antaranya termasuk bahan mentah, reka bentuk, enjin, suspension, sistem gear, hiasan dalaman dan sebagainya.

Kini, kereta bukan hanya sejenis alat pengangkutan, malah ia memainkan peranan yang teramat penting dalam kehidupan seharian. Unsur-unsur seperti mesra alam, penjimatan tenaga, keselamatan dan informatif telah menjadi agenda utama dalam bidang perekaan kereta moden.

Syarikat ZEROMAX dari Jepun telah menceburi bidang pengubahsuaian kereta melebihi 3 dekad. Ia pernah beberapa kali mengambil bahagian dalam projek pengubahsuaian kereta lumba di Jepun serta projek penyenggaraan dan pit-stop untuk syairkat automobil yang terkenal. Dengan kemahiran teknikal yang terulung, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D) ZEROMAX berusaha sama dengan industri automobil Jepun untuk mereka cipta beberapa produk automobil dengan teknologi tercanggih dan menepati empat matlamat utama dalam pemuliharaan alam sekitar dan penjimatan tenaga, iaitu:
1) Membangunkan dan mempromosikan kereta-kereta jimat tenaga;
2) Mengurangkan pembebasan gas buangan dengan berkesannya;
3) Meningkatkan kadar kitar semula kereta usang;
4) Mengurangkan pencemaran bunyi dengan berkesannya.

ZEROMAX merupakan pembekal alat ganti automobil yang terbesar di Amerika dan membekalkan pelbagai alat ganti dan aksesori yang tercanggih kepada pasaraya besar. Lebih daripada 5,000 peniaga kereta di Amerika merupakan pelanggan ZEROMAX.

Berdasarkan pengalaman yang sekian lama dalam bidang pemasaran, ZEROMAX yakin e-perniagaan dalam talian dapat memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah. Dengan menyepadukan pakar-pakar dari pelbagai bidang, sudah pasti ZEROMAX dapat menguruskan perniagaan dalam talian dengan sempurna. Dengan adanya pasukan pengurus pasaran yang bersemangat berkobar-kobar, dapatlah ZEROMAX mencapai kejayaan dalam pasaran yang penuh persaingan ini. Dengan adanya sumber dan sokongan yang kuat dari segi kewangan, produk dan penyebaran informasi melalui hubungan yang cepat dan langsung, dapatlah para pengedar melibatkan diri dalam kerjaya ZEROMAX dengan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Dengan peluang perniagaan ZEROMAX yang terbuka, pasukan ZEROMAX yang penuh berdedikasi dalam usaha mereka cipta produk yang mesra alam, serta pelan perniagaan yang mudah dan berkesan, satu peluang yang mampu mengubah hidup anda telah dibentuk. Di samping berbelanja, bersama-samalah kita memulihara alam sekitar dan meraih keuntungan yang lumayan.

Inginkah anda memiliki kerjaya antarabangsa? Jangan ragu-ragu lagi! Dengan peningkatan potensi pemasaran melalui internet yang tak terpada, dan juga kuasa multiplikasi daripada e-perniagaan, impian anda pasti akan menjadi kenyataan. ZEROMAX telah menyediakan satu peluang keemasan kepada anda untuk mendirikan kerjaya sambil menikmati pendapatan yang lumayan dan berterusan. Corak perniagaan yang terunggul ini berjaya membantu ramai pengedar dari pelbagai lapisan masyarakat, masing-masing dengan latar belakang, budaya, umur, taraf pendidikan dan agama yang berlainan, memiliki kehidupan baru yang lebih kaya dan berkualiti. Penceburan anda dapat membantu anda memiliki kerjaya e-perniagaan yang berpotensi dan menjaminkan ganjaran lumayan serta pembangunan peribadi.

Tidak kira anda berpengalaman atau tidak, asalkan anda dapat menguasai peluang ini dan bertindak dengan giat, anda sebenarnya sedang membuat langkah pertama untuk mencapai kejayaan yang memuncak. Keputusan yang dibuat anda sekarang akan menjaminkan masa depan yang lebih cerah untuk diri dan orang yang dikasihi anda. Sertailah ZEROMAX untuk merealisasikan impian anda!